Skip to main content

Bagi anda yang masih bermain permainan Samurai Shodown ataupun menanti permainan tersebut untuk tiba di konsol Switch, anda mungkin akan berminat dengan watak DLC yang diumumkan buat permainan Samurai Shodown hari ini ketika acara EVO 2020 yang berlangsung di Jepun.

Hari ini, SNK akhirnya mengesahkan 3 lagi watak baharu bakal tiba buat permainan tersebut iaitu Mina, Sogetsu dan Iroha.

https://www.youtube.com/watch?v=PqX4q564XJQ&feature=emb_title

Bagi anda yang mengikuti siri Samurai Shodown, ketiga-tiga watak tersebut merupakan watak-watak berdasarkan siri permainan Samurai Shodown sebelum ini di mana watak Iroha merupakan watak yang pertama kalinya diperkenalkan di Samurai Shodown VI sebelum ini.

Buat masa ini, watak ke-empat untuk musim kedua DLC permainan ini masih belum diumumkan termasuklah tarikh pelancaran DLC ini. Bagi senarai watak musim pertama, ianya telah pun dilancarkan sebelum ini.

Samurai Shodown sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One dan PlayStation 4, diikuti versi Switch yang akan tiba bulan hadapan. Manakala versi PC pula masih belum diumumkan.

Leave a Reply