Informasi Permainan Video Terkini
(Dikemaskini) Street Fighter V Champion Edition Tertiris Bakal Tiba Di Switch

(Dikemaskini) Street Fighter V Champion Edition Tertiris Bakal Tiba Di Switch

Diterbitkan pada Jan 26, 2020 oleh .

Kemaskini: EB Games Canada mengesahkan ianya adalah kenyataan yang tersilap dan asalnya ianya adalah kenyataan untuk mempromosikan versi Street Fighter V: Champion Edition di PlayStation 4. Mereka memohon maaf atas kesilapan.

Artikel asal: Capcom sebelum ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan edisi seterusnya buat permainan Street Fighter V iaitu Champion Edition menjelang Februari ini di konsol PlayStation 4 dan PC.

Terkini, tampaknya permainan tersebut mungkin juga akan dilancarkan di konsol Switch, berdasarkan akaun rasmi EB Games dari Kanada.

Street Fighter V: Champion Edition merupakan edisi lengkap seterusnya buat siri permaian Street Fighter V yang mana ianya akan menyertakan kesemua watak DLC yang dilancarkan sebelum ini bersama-sama kandungan baharu.

Walau bagaimana pun, ini juga mungkin adalah kesilapan daripada pihak EB Games memandangkan kenyataan tersebut telah pun dipadamkan. Meskipun begitu ianya juga mungkin adalah pengumuman yang dijadualkan dan dilakukan lebih awal, memandangkan acara kejohanan EVO 2020 di Jepun masih lagi berlangsung dan kami percaya pengumuman ini mungkin akan dilakukan sekitar lewat hari ini.

Kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut oleh Capcom setelah ia diumumkan.


TIPS & ULASAN