Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Haohmaru iaitu watak utama daripada siri Samurai Shodown disahkan sebagai watak DLC seterusnya buat permainan Soul Calibur VI.
Terkini ketika acara EVO 2020 yang berlangsung di Jepun, Bandai Namco akhirnya memperlihatkan watak Haohmaru tersebut secara rasmi di dalam permainan Soul Calibur VI.
Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, semestinya kemahiran dan gaya pertempuran Haohmaru dari Samura Shodown dapat diperlihatkan yang mana beliau bertempur dengan Mitsurugi, yang mana juga adalah watak yang menggunakan pedang Katana di dalam permainan tersebut.
Haohmaru disahkan sebagai watak kedua untuk DLC musim kedua bagi permainan Soul Calibur VI, yang mana watak pertama iaitu Hilde telah pun dilancarkan pada November lepas. Namun baut masa ini, watak Haohmaru ini masih belum diumumkan tarikh pelancarannya.
Soul Calibur VI telah pun dilancarkan di konsol dan PC pada 2018 lepas dan kami sebelum ini telah pun mengulaskannya melalui pautan ini.