Skip to main content

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq melalui akaun twitter beliau berkongsi gambar kunjungan beliau ke pejabat Capcom. Bersama gambar tersebut, beliau juga mengatakan yang sejak kerajaan memberi perhatian kepada esukan, Malaysia telah menerima momentum yang positif di dalam industri ini.

Beliau juga mengatakan yang syarikat seperti Tencent, Moonton, Alibaba Sports serta Sony telah membuat pelaburan di sini dan menyatakan komitmen mereka untuk Malaysia.

Akhir sekali, beliau berharap Capcom adalah rakan kongsi yang dapat mengangkat industri ini dan mengatakan Pelan Pembangunan Esukan KBS telah berjaya menarik minat pelbagai rakan industri untuk melibatkan diri.

Buat masa ini, masih tidak disahkan lagi apa penglibatan Capcom untuk industri esukan Malaysia, adakah mereka akan menganjurkan kejohanan rasmi di Malaysia?

Leave a Reply