Skip to main content

Nintendo dan Cygames minggu ini mengumumkan acara masa terhad untuk permainan mudah alih mereka iaitu Dragalia Lost. Acara ini adalah kolaborasi bersama dengan Capcom untuk siri permainan mereka Monster Hunter.

Melaluinya, anda boleh bertempur dengan Rathalos untuk menjinakkan-nya agar pemain dapat menyertakan berubah menjadi Rathalos. Selain itu terdapat juga pelbagai barangan di dalam permainan berdasarkan Monster Hunter. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan watak Vanessa dan Berserker versi Hunter.

Acara ini akan bermula pada 29 Januari 2020 dan akan berakhir pada 17 Februari 2020. Pada 4 Februari 2020 kandungan baharu juga akan disertakan untuk acara ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi untuk acara ini.

Dragalia Lost sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android.

https://www.youtube.com/watch?v=E7qAyXkVbog

Leave a Reply