Skip to main content

Respawn Entertainment minggu ini mengumumkan yang Apex Legends musim ke-4 akan bermula pada 4 Februari 2020. Melaluinya, mereka akan menyertakan watak, senjata dan juga Battle Pass baharu.

Watak ataupun Legend baharu yang disertakan adalah Forge, ia adalah watak yang tampaknya memfokuskan pertempuran jarak dekat dan akan menggunakan gauntlet untuk menyerang lawan selain daripada senjata yang digunakan.

Musim ke-4 ini juga akan menyertakan senjata baharu iaitu Sentinel yang merupakan sniper-rifle dan seperti biasa bermulanya musim baharu, Battle Pass baharu yang akan menyertakan pelbagai kostum, skrin pemuatan, pek muzik dan pelbagai lagi.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply