Bagi anda yang pernah bermain permainan Resogun ataupun Alienation, anda pasti mengetahui pembangun permainan Housemarque di mana 2018 lepas, mereka mengumumkan satu permainan baharu iaitu Stormdivers kini di dalam pembangunan.
Terkini melalui kenyataan rasmi mereka, Housemarque mengumumkan yang mana pembangunan permainan Stormdivers tersebut kini tergendala untuk memfokuskan projek baharu mereka.
Menurut kenyataan Mikael Haveri, permainan yang mereka kini sedang membangunkan adalah permainna terbesar oleh mereka yang bekerjasama dengan satu penerbit permainan dan mereka akan mengumumkannya kelak.
Selain daripada itu, mereka juga mengumumkan yang mana tahun 2020 ini merupakan ulang tahun ke-25 buat studio tersebut.
Semestinya dengan bakal tibanya konsol PlayStation 5 sekitar penghujung tahun ini, adakah Housemarque sekali lagi akan membangun permainan sempena pelancaran konsol tersebut seperti mana mereka lakukan buat buat permainan Resogun dan PlayStation 4? Sama-sama kita nantikan pengumumannya kelak.