Tahun lepas ketika acara Nintendo Direct, Marvelous dan XSEED Games mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan Rune Factory 4 ke konsol Switch sebagai permaina pernambah-baikkan.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di mana ianya disahkan bakal tiba pada 28 Februari 2020 ini secara global.

Rune Factory 4 Special merupakan versi pernambah-baikkan untuk Rune Factory 4 yang dilancarkan di konsol 3DS pada 2012 lepas. Melalui versi Switch ini, Marvelous mengesahkan bahawa mereka akan membawa kedua-dua versi suara latar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

Selain itu, versi ini juga akan mempunyai pernaik-tarafan visual dengan definisi tinggi dan beberapa pengubah-suaian kawalan permainan khas dibangunkan buat konsol Switch.

Selain itu, Marvelous juga mengumumkan edisi terhad khas, Archival Ediiton yang mana ianya dijual secara eksklusif di kedai atas-talian Marvelous dengan harga £55(~RM294).

Semestinya buat anda yang meminati siri Rune Factory ataupun permainan simulasi berkebun dengan elemen RPG, ini adalah satu permainan yang pasti akan memenuhi citarasa anda. Dapatkan permainan ini menjelang Februari ini.

Sohor Kini