Salah satu permainan kesukaan kami sendiri untuk bentuk permainan secara koperasi, iaitu Overcooked! 2 kini menerima satu kandungan khas bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina.

Kemaskini tersebut kini sudah pun boleh dimuat-turun secara percuma melalui kemaskini permainan di konsol dan juga PC.

Melalui kemaskini Spring Festival, kemaskini ini bukan sahaja akan menyertakan lokasi baharu untuk pemain mainkan, malah beberapa resipi baharu seperti masakan bertemakan Tahun Baharu Cina seperti Dim Sum, buah-buahan dan sebagainya. Menariknya, kemaskini ini juga menyertakan watak tukang masak baharu seperti watak kura-kura dan tikus, juga bersempena dengan tahun tikus.

Overcooked! 2 merupakan permainan parti masakan yang dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun lepas dan kami pun telah membuat ulasan penuh permainan tersebut sebelum ini di bawah.

Sohor Kini