Jika bercakap mengenai permainan simulasi berkebun, nama Harvest Moon buat sekian lama menjadi sebutan, sehingga hadirnya Stardew Valley pada tahun 2016. Pada awalnya, ia dianggap sebagai alternatif untuk Harvest Moon, namun kini ia telah menjadi permainan yang menjadi penanda aras untuk genre ini.

Eric Barone iaitu pereka untuk permainan ini melalui akaun Twitter beliau mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual lebih 10 juta unit. Beliau juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua yang menyokong permainan ini.

Tahniah kami ucapkan di atas kejayaan yang bagi kami sangat layak. Stardew Valley sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PS Vita, Xbox One, Switch, PC dan juga peranti pintar.

Sohor Kini