Skip to main content

Valve akhirnya menganjurkan jualan promosi bersempena Tahun Baharu Cina di Steam yang akan berlangsung sehingga 27 Januari 2020. Terdapat pelbagai permainan menarik yang dijual dengan harga promosi dan di bawah adalah beberapa permainan yang menarik minat kami;

  • Dark Souls III – RM42.50
  • Resident Evil II – RM45.87
  • Hellblade Senua’s Sacrifice – RM19.04
  • Life is Strange 2 – RM64.09
  • Overcooked 2 – RM26.40
  • Sekiro: Shadows Die Twice – RM145.35
  • Two Point Hospital – RM34
  • GreedFall – RM89.25
  • A Plague Tale: Innocence – RM54.50
  • Devil May Cry 5 – RM45.87

Selain jualan promosi, Steam juga menyediakan mata wang digital khas iaitu Token. Di mana pemain boleh mendapatkannya dengan membuka Ang Pow setiap hari selama 4 hari. Anda juga boleh mendapatkan token dengan membeli permainan, iaitu RM1 untuk lebih kurang 24 token ataupun $1 (~RM4) untuk 100 token.

Token ini boleh digunakan untuk membeli di pasar malam Steam. Dengannya anda boleh beli kupon bernilai RM20 dengan menukar 5000 token, mendapatkan pelbagai jenis pelekat, emoticon, rekaan profil, latar belakang untuk profil dan pelbagai lagi. Anda boleh melawat pasar malam Steam melalui pautan ini.

Jika anda ingin mencari permainan, terutama untuk dimainkan semasa cuti hujung minggu ini, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan permainan dengan harga mampu milik.

[info]Steam: Jualan Promosi Tahun Baharu Cina[/info]

Leave a Reply