Skip to main content

Koei Tecmo dan Team Ninja hari ini berkongsi satu video acah baharu untuk Nioh 2, dan kali ini ia memfokuskan kepada premis penceritaan untuk permainan ini.

Video tersebut kami sertakan di bawah.

Kali ini, ia akan membawa pemain ke tahun 1555 iaitu lebih 45 tahun sebelum kejadian di dalam Nioh. Pemain akan menjadi seorang pembunuh upahan dan juga pemburu Yokai. Seperti yang diperlihatkan sebelum ini, pemain juga mempunyai kebolehan untuk menjadi Yokai.

Nioh 2 akan dikeluarkan pada 12 Mac 2020 secara esklusif untuk PlayStation 4. Anda juga sudah boleh mula pra-tempah dengan harga RM239.

Leave a Reply