Skip to main content

Peminat permainan klasik untuk Mortal Kombat mungkin bakal mendapat berita baik, berdasarkan penyenaraian di Pan European Game Information (PEGI), Warner Bros bakal menerbitkan permainan Mortal Kombat Kollection Online iaitu berkas versi olahan semula untuk Mortal Kombat, Mortal Kombat 2 dan Mortal Kombat 3.

Berdasarkan penyenaraian tersebut (tidak lagi dapat dilihat di laman PEGI) ia akan menyertakan penambah-baikkan untuk grafik, bentuk permainan dan juga fungsi dalam talian.

PEGI menyenaraikan Mortal Kombat Kollection Online untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia dinyatakan akan tiba pada 21 Januari 2020 akan tetapi buat masa ini, masih tiada sebarang pengesahan daripada Warner Bros.

Leave a Reply