Informasi Permainan Video Terkini
Mario Kart Tour Kini Mempunyai Mod Perlumbaan Secara Multi-Pemain

Mario Kart Tour Kini Mempunyai Mod Perlumbaan Secara Multi-Pemain

Diterbitkan pada Jan 23, 2020 oleh .

Mario Kart Tour merupakan permainan Mario Kart yang diterbitkan oleh Nintendo khusus untuk peranti pintar. Walaupun ia adalah permainan terdekat untuk mendapatkan Mario Kart, ia mempunyai satu kekurangan yang sangat besar iaitu anda hanya berlumba dengan AI sahaja.

Namun kini, Nintendo akhirnya membuka sesi beta untuk mod perlumbaan secara multi-pemain kepada semua pemain. Sebelum ini ditawarkan secara tertutup.

Anda boleh mencari pemain secara rawak ataupun membina lobi sendiri untuk bermain dengan rakan. Mario Kart Tour telah dikeluarkan untuk iOS dan Android.


TIPS & ULASAN