Skip to main content

Nampaknya, siri animasi Star Wars: The Clone Wars tidak akan disiarkan 17 Februari ini. Sebaliknya akan disiarkan di Disney+ bermula 21 Februari akan datang. Kali ini, Disney akan siarkan musim ketujuh yang mana adalah musim terakhir atau penutup bagi kisah Clone Wars. Baru-baru ini saluran YouTube Star Wars, telah terbit video acah baharu untuk siri ini.

Dalam video acah ini, ia memperlihatkan kisah selepas filem Star Wars: Attack of The Clones menuju terus ke Star Wars: Revenge of The Sith. Siri animasi Clone Wars ini dihasilkan oleh George Lucas bersama-sama dengan Dave Filoni dan mula disiarkan pada tahun 2008. Siri ini memfokuskan kepada watak Anakin Skywalker, Ahsoka Tano, Captain Rex, Obi-Wan Kenobi, Bo-Katan dan Darth Maul. Tetapi fokus utama siri ini adalah antara Darth Maul dah Ahsoka.

Kisah siri ini juga akan memperlihatkan bagaimana Jedi ingin memulakan serangan ke atas Mandalore, tetapi General Grievous dan Count Doku menyerang di Coruscant. Secara tidak langsung memaksa Anakin dan Obi-Wan pulang kembali ke Core untuk membebaskan Palpatine, kerana sangkakan yang Palpatine telah diculik oleh Grievous.

Video acah ini juga memperlihatkan pelbagai aksi menarik, drama, dan masih mengekalkan rekaan watak. Bagi yang tidak sabar untuk saksikan penamat epik Star Wars: The Clone Wars, nantikan 21 Februari ini di Disney+.

Leave a Reply