Skip to main content

Bermula hari ini sehingga 10 Februari, Activision mengumumkan satu berkas khas bertemakan Tahun Baharu Cina buat permainan Call Of Duty: Modern Warfare yang mana mereka menyertakan pelbagai barangan bertemakan perayaan tersebut.

Dengan harga 800 Call Of Duty Points, pemain boleh dapatkan berkas khas tersebut yang menyertakan:

  • Aksesori “Charm” Sampul merah
  • Aksesori “Charm” Tahun tikus
  • Pelekat tikus emas
  • Kad pemanggil tarian singa
  • Pelbagai lambang tambahan
  • Lambang nasib baik
  • Semburan naga bernasib baik
  • 2 peringkat langkau buat Battle Pass

Selain itu, permainan ini juga ditawarkan dengan pelbagai diskaun melalui PSN Store dan Blizzard Shop. Selain itu bagi anda yang masih belum mempunyai Battle Pass buat Call Of Duty, Activision juga mengumumkan mereka akan melanjutkan Battle Pass sehingga 12 Februari ini.

Call Of Duty: Modern Warfare telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah mengulasnya di mana anda boleh membaca lebih lanjut di bawah.

Leave a Reply