Sometimes You dan Sergey Noskov hari ini mengumumkan permainan tekaria bertemakan dunia Cyberpunk, 7th Sector akan dilancarkan di konsol bermula 5 Februari 2020 ini.
Permainan ini asalnya telah pun dilancarkan di PC melalui Steam sekitar tahun lepas.
7th Sector merupakan permainan tekaria bermisteri yang memfokuskan dunia Cyberpunk. Melaluinya pemain perlu menempuh pelbagai jenis cabaran tekaria dan mencari informasi berkenaan penceritaan permainan untuk menyelesai misteri permainn tersebut.
Menariknya, permainan ini juga menyertakan pelbagai pengakhiran berbeza dan muzik latar oleh Nobody’s Nail Machine.
Bagi anda yang berminat, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang Februari ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch. Namun jika anda tidak sabar, versi PC melalui Steam telah pun dilancarkan dengan harga RM30 sahaja.