Laman LEGO Ideas merupakan salah satu laman yang menyenaraikan pelbagai idea-idea untuk mainan dan set LEGO seterusnya di mana ianya akan dipilih berdasarkan undian peminat.
Terkini, seorang pengguna bernama A Fellow Player telah menyenaraikan set LEGO khas berdasarkan permainan Untitled Goose Game.
Sememangnya imej di atas hanya imej contoh yang dihasilkan berdasarkan model 3D sahaja dan bukannya imej nyata set LEGO. Meskipun begitu, berdasarkan apa yang dilihat di atas, set tersebut kelihatan sangat comel dan tepat dengan gaya permainan Untitled Goose Game dengan pelbagai barangan-barangan yang terdapat di dalam permainan tersebut seperti kunci, pokok dan watak Mini-Fig pekebun.
Menurut laporan, set LEGO tersebut akan dihasilkan jika mencapai lebih dari 10,000 undian dan ketika artikel ini ditulis, ianya sudah pun mempunyai lebih dari 3,000 undian. Memandangkan undian tersebut akan ditutup sekitar tahun hadapan, kami percaya ianya mempunyai masa untuk mendapat undian sehingga 10,000.
Bagi anda yang inginkan LEGO melancarkan set LEGO Untitled Goose Game tersebut, pastikan anda tinggalkan undian anda di laman rasmi LEGO Ideas di bawah.
[info] Undi LEGO Ideas: Untitled Goose Game [/info]