ESL Asia hari ini mengumumkan mereka bakal menganjurkan kejohanan ESL Malaysia Championship untuk permainan Call of Duty: Mobile (CODM) buat pertama kali dengan kerjasama bersama dengan Yoodo.

Kejohanan ini akan memperlihatkan 16 pasukan terbaik tempatan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul RM40 ribu dan juga peluang untuk mewakili Malaysia di kejohanan Garena World 2020.

16 pasukan tersebut akan dipilih melalui 2 pusingan kelayakan terbuka yang akan dianjurkan pada 8 Februari dan 15 Februari 2020. Pasukan yang berminat, boleh mendaftar melalui laman ini. 8 pasukan daripada setiap pusingan kelayakan akan layak ke pusingan akhir kejohanan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh mengikut laman Facebook ESL Malaysia.

Sohor Kini