Ninja Theory iaitu pembangun terkenal untuk permainan Senua’s Saga: Hellblade II dan Bleeding Edge hari ini mengumumkan satu lagi projek baharu mereka iaitu Project: Mara yang mana ianya adalah satu judul eksperimen yang memfokuskan gaya penceritaan baharu dengan tema ketakutan mental.
Buat masa ini, tidak banyak yang mereka kongsikan selain daripada satu video acah di bawah dengan tajuk Project: Mara.
Menurut Ninja Theory, Project Mara ini bertujuan untuk menghasilkan semula keadaan minda yang berada dalam ketakutan dan seram secara tepat dan realistik. Ianya juga bakal berdasarkan pengalaman nyata yang mana kami percaya, projek ini mungkin akan memberi ketakutan yang sangat mengerikan buat pemain.
Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang pengumuman lanjut setelah Ninja Theory mengumumkan secara rasmi.