Skip to main content

Selain daripada tibanya permainan The Walking Dead di konsol Switch, Skybound Games hari ini juga akhirnya membawa kembali siri permainan The Walking Dead di platform Steam secara rasmi.

Permainan The Walking Dead, terutamanya musim akhir sebelum ini dilancarkan hanya di Epic Games Store akibat masalah Telltale Games sebelum ini dan kini tampaknya Skybound Games akhirnya membawa kembali keseluruhan siri The Walking Dead ke Steam.

Semestinya dengan tibanya di platform Steam, pemain kini boleh terus membeli permainan tersebut dengan harga bermula RM32. Berikut adalah senarai penuh melalui kedai Steam:

The Walking Dead merupakan permainan pengembaraan oleh Telltale Games yang mana ia memfokuskan pelbagai bentuk pilihan dialog yang akan membentukkan penceritaan sendiri dengan beberapa pengakhiran berbeza.

Ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform dan konsol lain. Kami juga sebelum ini telah mengulas musim terakhir siri ini di mana anda boleh membacanya di bawah.

Leave a Reply