Tampaknya Tencent kali ini tidak akan menghentikan jajahan mereka di mana kali ini mereka dilaporkan berminat untuk memperoleh keseluruhan studio pembangun permainan Conan Exiles, iaitu Funcom.
Semestinya Tencent sudah pun memiliki sekitar 30% studio tersebut dan kini tampaknya mereka akan membuat penawaran perolehan penuh studio tersebut sekitar bulan Februari ini.
Meskipun begitu, menurut Funcom segala perubahan pengurusan mahupun staf tidak akan terkesan dan menariknya mereka juga akan menerima sokongan yang baik untuk sebarang permainan-permainan mereka pada masa akan datang.
Semestinya ini adalah satu berita yang menarik buat syarikat tersebut dan buat masa ini Funcom dilaporkan sedang membangunkan permainan Dune yang mana kami pasti pembangunan permainan tersebut akan ditingkatkan lagi dengan perolehan studio ini.