Dunia Sekiro: Shadows Die Twice semestinya satu dunia yang sangat menarik dengan elemen Shinobi di persekitaran negara Jepun dengan pelbagai elemen fantasi yang menarik.
Permainan tersebut juga merupakan salah satu permainan yang mendapat pelbagai anugerah, termasuklah permainan terbaik untuk tahun 2019 oleh The Game Awards dan di Steam.
Terkini, dunia permainan tersebut tampaknya akan dikembangkan lagi dengan satu komik Manga khas Sekiro, yang memfokuskan watak Hanbei The Undying, iaitu watak teman berlatih yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Sekiro: Side Story of Hanbei The Undying dihasilkan oleh Shin Yamato dan menurut Yen Press, komik ini akan dilancarkan secara penuh dengan 212 muka surut bersama-sama dengan empat muka surat karya khas. Buat masa ini, ianya disahkan bakal tiba di pasaran Jepun sahaja pada 27 Februari 2020 ini.
Namun memandangkan permainan ini sangat terkenal di pasaran Global, kami percaya ianya juga akan dilancarkan secara global dengan kandungan bahasa Inggeris pada masa akan datang.