Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Umum Project Xehanort Buat iOS Dan Android – Satu Lagi Permainan Sampingan Buat Siri Kingdom Heart?

Square-Enix Umum Project Xehanort Buat iOS Dan Android – Satu Lagi Permainan Sampingan Buat Siri Kingdom Heart?

Diterbitkan pada Jan 23, 2020 oleh .

Siri Square-Enix sememangnya antara siri permainan yang sangat berbelit dengan pelbagai permainan mahupun aplikasi di pelbagai platform yang dilancarkan sebelum ini.

Terkini, tampaknya legasi tersebut akan diteruskan lagi di mana hari ini Square-Enix mengumumkan satu projek baharu berdasarkan siri Kingdom Hearts, iaitu Project Xehanort yang mana ianya dirancang untuk dilancarkan di iOS dan Android menjelang suku kedua tahun ini.

Menurut kenyataan Square-Enix, Project Xehanort merupakan satu aplikasi ‘pengalaman’ Kingdom Hearts yang akan sertakan beberapa kandungan mikro-transaksi di dalamnya.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga mengumumkan satu kempen khas yang mana peminat boleh meneka tajuk penuh untuk Project Xehanort bermula hari ini sehingga 28 Januari ini. Bagi informasi lanjut berkenaan cara-cara untuk sertai dan segala peraturan kempen tersebut, anda boleh ke laman rasmi Project Xehanort.

Berdasarkan apa yang dinyatakan, kelihatan Project Xehanort sememangnya bukan satu permainan, namun lebih memfokuskan pengalaman dengan kandungan Kingdom Hearts. Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini setelah ia diumumkan secara rasmi.

Meskipun begitu, sekurang-kurangnya kita kini mendapat kandungan Kingdom Hearts dengan kerap berbanding beberapa tahun lepas.


TIPS & ULASAN