Skip to main content

Giants Software hari ini mengumumkan yang permainan simulasi berladang mereka iaitu Farming Simulator 19 akan menerima 3 lagi DLC sepanjang tahun 2020.

Mereka juga mengatakan yang DLC-DLC tersebut akan menjadikan jumlah jentera perladangan di dalam permainan ini sebanyak 450 berbanding 360 yang ada sekarang selepas 4 DLC dikeluarkan sebelum ini.

Selain itu mereka juga mengatakan yang permainan terbaru untuk siri Farming Simulator akan dikeluarkan pada tahun 2021. Farming Simulator 20 sudah dikeluarkan pada akhir tahun lepas akan tetapi ia memfokuskan versi mudah alih.

Farming Simulator 19 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply