Skip to main content

Dengan kita semakin menghampiri untuk memasuki dunia generasi baharu konsol, akan terdapat pelbagai maklumat yang akan tertiris, dan kali ini ia adalah mengenai Xbox Series X.

Berdasarkan perkongsian di forum Neogaf serta Reddit, satu konsol yang mempunyai bentuk seakan Xbox Series X telah dikongsi-kan. Oleh kerana ia adalah bukan rasmi, kami tidak boleh katakan ia adalah konsol sebenar.

Anda boleh menilainya sendiri melalui gambar kami sertakan di bawah.

Berdasarkan konsol yang tertiris ini, diperlihatkan yang Xbox Series X masih lagi menggunakan port USB-A berbanding USB-C yang diura-urakan sebelum ini. Ia juga mungkin menyertakan satu slot untuk menerima kad CFeXpress iaitu kad memori tambahan.

Satu perkara yang sedikit meyakinkan kami, ini adalah konsol sebenar adalah apabila pengguna cuba mendaftar kod siri konsol ini, berbanding menyatakan kod siri tersebut adalah salah, laman Microsoft sebalinya mengatakan ia adalah peranti yang masih tidak mempunyai nama.

Jika ini adalah rekaan akhir untuk konsol Xbox Series X, apa pendapat anda mengenainya?

Leave a Reply