Altered Carbon adalah siri TV asli Netflix yang mengisahkan 300 tahun di masa hadapan. Di masa ini, mati dikira sebagai tidak wujud. Ini kerana kesedaran seseorang boleh didigitalkan dan seseorang individu boleh berubah badan sesuka hati pada bila-bila masa. Musim pertama siri ini sudah pun berlalu dua tahun lalu. Tahun lepas, video acah telah diterbitkan bagi memperlihatkan para pelakon dalam musim kedua.
Kini setahun lagi sudah berlalu, akhirnya tarikh siaran musim kedua di Netflix sudah diketahui. Altered Carbon musim kedua akan disiarkan di Netflix pada 27 Februari ini. Dalam musim baharu ini, pelakon-pelakon seperti Anthony Mackie (Falcon dalam Avengers) sebagai Takeshi Kovacs yang sebelum ini dipegang oleh Joel Kinnaman. Seterusnya adalah Simone Missesk sebagai Trepp yang dikatakan adalah pemburu terhebat, Dina Shihabi sebagai sebagai Dig 301 dan banyak lagi.
Untuk musim kedua, Takeshi ingin mencari kekasih lama beliau. Kemudian, sudah berpuluh tahun merantau di seluruh galaksi – Takeshi telah kembali ke kampung halaman beliau “Harlan’s World”. Namun dalam meneruskan pencarian kekasih beliau, Quellcrist – terdapat misteri yang perlu diselesaikan. Kini Takeshi sudah keliru dan ingin tahu siapakah sebenarnya kekasih beliau – Quellcrist Falconer?