Mewtwo Strikes Back Evolution adalah antara filem animasi Pokémon yang paling menarik dan diminati ramai. Kali pertama ia ditayangkan adalah pada tahun 1998 dan untuk tahun ini, filem ini telah diolah semula dalam bentuk animasi CGI 3D. Jadi, peminta setia Pokémon boleh menontonnya dalam grafik yang lebih cantik, resolusi yang lebih baik dan pengalaman menonton yang lebih gempak.
Filem ini akan disiarkan di Netflix untuk tontonan umum bermula pada 27 Februari 2020. Agak lewat untuk tiba di Netflix, kerana filem ini sudah ditayangkan di Jepun pada bulan Julai tahun lepas. Jadi bagi mereka yang berminat, anda boleh nantikan kehadiran filem ini di Netflix sekitar sebulan sahaja lagi. Saya pasti akan menontonnya, kerana ia nampak menarik dan gempak. Anda bagaimana?