Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mebawa pemrainan arked yang dilancarkan beberapa tahun lepas, iaitu Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost On ke konsol PlayStation 4 menjelang tahun ini.

Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost On merupakan permainan pertempuran berdasarkan siri Gundam, di mana melalui permainan ini, ianya akan sertakan 183 Mobile Suits yang terdiri daripada 36 siri dari Mobile Suit Gundam sehinggalah Mobile Suit Gundam AGE.

Dari segi bentuk permainan, ianya akan memfokuskan bentuk pertempuran secara dua lawan dua dan juga bentuk atas-talian dengan koperasi sehingga empat pemain. Permainan ini juga disahkan akan sertakan suara latar bahasa Jepun dan sarikata bahasa Inggeris bagi versi global.

Semestinya buat anda yang meminati permainan arked Gundam yang sangat terkenal beberapa tahun lepas, terutamanya di zaman PlayStation 2 seperti saya sendiri, tidak sabar untuk mencuba permainan ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan. Namun ia disahkan bakal tiba tahun ini.

Sohor Kini