Game Freak sebelum ini melancarkan permainan Little Town Hero di konsol Switch, di mana ianya adalah permainan RPG berdasarkan hak intelek baharu.

Terkini, tampaknya permainan tersebut disahkan tidak lagi menjadi permainan eksklusif di konsol Switch di mana ianya diumumkan bakal tiba di PlayStation 4 menjelang April ini.

Menurut laporan, Little Town Hero akan dilancarkan di PlayStation 4 pada 23 April 2020 ini di pasaran Jepun. Akan tetapi bagi pasaran global, ianya masih belum diumumkan secara rasmi. Namun kami percaya memandangkan Switch menerima versi Global, Game Freak mungkin akan membawanya secara global bagi PlayStation 4.

Little Town Here merupakan permainan RPG di mana pemain akan bermain sebagai seorang kanak-kanak lelaki bernama Axe dan bertempur dengan raksasa-raksasa yang cuma menyerang perkampungan pemain.

Melalui permainan ini, ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan dengan elemen strategi yang sangat mendalam. Ini sekaligus memberi bentuk permainan yang sangat mendalam di samping bentuk taktikal buat pemain untuk mempertahan perkampungan tersebut.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermainnya, ianya kini boleh didapatkan di Switch.

Sohor Kini