Set realiti-maya PlayStation VR yang dilancarkan pada 2016 lepas semestinya salah satu set realiti-maya yang terlaku. Jika dibandingkan dengan jualan set realiti-maya lain, PlayStation VR telah pun terjual melebihi 5 juta unit dan boleh dikatakan set realiti-maya yang mampu milik di kalangan pemain.
Terkini, melalui laporan WCCFTech, kelihatan pada penghujung tahun ini, Sony bukan sahaja akan melancarkan PlayStation 5, malah mereka mungkin akan melancarkan PlayStation VR baharu secara bersama.
Menurut laporan, penerbit berita yang terkenal dengan realiti-maya iaitu Immersive VR Education Ltd, melaporkan yang mana pada tahun 2020 ini, Sony akan melancarkan PlayStation 5 bersama versi baharu untuk PlayStation VR yang akan tingkatkan lagi kualiti permainan realiti-maya tersebut. Akan tetapi, kenyataan lain tidak dikongsikan dan ini hanyalah berdasarkan laporan penerbit tersebut sahaja.
Semestinya buat masa ini, ianya hanyalah satu khabar angin sahaja dan Sony sememangnya mengesahkan PlayStation 5 akan tiba pada penghujung tahun ini. Meskipun begitu, PlayStation VR juga merupakan salah satu bentuk permainan yang sering ditekankan oleh Sony dan pelancarannya bersama PlayStation 5 semestinya adalah satu perkara yang tidak mengejutkan.
Buat masa ini, Sony masih belum berkongsi sebarang informasi lain secara rasmi dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman.