Skip to main content

SpongeBob SquarePants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated sememangnya salah satu permainan yang diolahkan semula oleh THQ Nordic di mana mereka menjanjikan untuk dilancarkan sekitar tahun ini.

Terkini, berdasarkan pautan yang dikongsikan oleh Nintendo sendiri, kelihatan permainan tersebut mungkin akan bertembung dengan minggu yang sama dengan The Last Of Us Part II di mana tarikh pelancaran permainan tersebut disenaraikan bakal tiba 22 Mei 2020 ini.

Berdasarkan pautan yang diberi oleh Nintendo, jelas kelihatan permainan SpongeBob SquarePants: Battle For Bikini Bottom Rehydrated akan dilancarkan pada 22 Mei 2020 ini buat konsol Switch. Memandangkan permainan ini adalah permainan di pelbagai platform, kami percaya tarikh yang sama juga akan dilancarkan buat konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Meskipun begitu, buat masa ini THQ Nordic masih belum mengumumkan secara rasmi. Kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia dikongsikan.

Leave a Reply