PUBG Mobile hari ini mengumumkan pelbagai acara bersempena tahun baharu Cina iaitu “Prosperous Spring” di mana pemain boleh mendapatkan pelbagai ganjaran termasuk juga ganjaran fizikal.
Terdapat dua acara untuk “Prosperous Spiring” iaitu;
Spring Party Lantern Exchange – Bermula sekarang sehingga 6 Februari, pemain boleh mengumpul pelbagai bahan berbeza semasa bermain mod klasik untuk membina tanglung. Terdapat 4 bahagian tanglung yang perlu dibina dan setiap-nya memerlukan 5 barangan berbeza. Pemain digalakkan untuk bekerjasama untuk menyiapkan tanglung ini bagi mendapatkan kostum (rare).

Red Packet Drops – Bermula 24 Januari sehingga 28 Januari setiap pemain yang log masuk akan mendapat satu “sampul” melalui menu depan. Pemain boleh membuka sampul tersebut untuk berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah seperti Golden Helmet, Air Pods, kredit untuk Apple Store dan juga Google Pay.
Selain itu, dengan sekadar log masuk pemain juga akan mendapat Rat Costume dan pelbagai pakej lain.
PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan juga Android.