2018 lepas, Telltale Games mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kesemua siri permainan The Walking Dead di konsol Switch, akan tetapi akibat masalah syarikat tersebut, ianya ditundakan.
Terkini setelah perolehan Skybound Games, baki dua musim permainan The Walking Dead buat konsol Switch akhirnya dilancakran iaitu The Walking Dead: Season Two dan The Walking Dead: A New Frontier.
Kedua-dua permainan tersebut kini boleh dibeli di Nintendo eShop dengan berharga $14.99(~RM62) setiap satu. Dengan pelancaran kedua-dua permainan ini juga, kini kesemua empat musim The Walking Dead akhirnya boleh dimainkan di konsol Switch secara rasmi.
The Walking Dead merupakan permainan pengembaraan oleh Telltale Games yang mana ia memfokuskan pelbagai bentuk pilihan dialog yang akan membentukkan penceritaan sendiri dengan beberapa pengakhiran berbeza. Ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform dan konsol lain. Kami juga sebelum ini telah mengulas musim terakhir siri ini di mana anda boleh membacanya di bawah.