Siri Splinter Cell sememangnya merupakan salah satu siri permainan oleh Ubisoft yang sering tertiris dan diura-urakan bakal kembali. Bukan sahaja siri tersebut kali terakhir dilancarkan pada 2013 lepas, malah watak Sam Fisher sering sekali hanya menjadi watak sampingan sahaja di pelbagai permainan keluaran Ubisoft.

Terkini melalui laporan Video Games Chornicle, Maxime Beland, iaitu bekas pengarah kreatif buat siri Splinter Cell dilaporkan kembali ke Ubisoft selepas terlibat di dalam pembangunan Fortnite di Epic Games.

Seperti anda sedia maklum, Maxime Beland terlibat sebagai pengarah kreatif untuk dua permainan Splinter Cell sebelum ini iaitu Conviction dan Blacklist. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga terlibat dengan beberapa siri permainan lain seperti siri Far Cry dan Rainbow Six.

Menurut laporan, jawatan beliau di Ubisoft adalah sebagai naib presiden untuk bahagian editorial Ubisoft. Kami juga percaya perubahan ini juga adalah disebabkan Ubisoft ingin memfokuskan pembangunan permainan video dan atas sebab mengapa mereka tundakan pelbagai permainan mereka sebelum ini.

Semestinya ini tidak semestinya Splinter Cell bakal kembali dan Ubisoft sendiri tidak berkongsi sebarang pengumuman berkenaan. Namun setelah bertahun berdiam diri, kami percaya sempena pelancaran konsol generasi seterusnya, Splinter Cell adalah satu pilihan yang baik untuk dijadikan sebagai permainan generasi seterusnya oleh Ubisoft.

Sohor Kini