Bandai Namco hari ini akhirnya menyenaraikan permainan One Punch Man: A Hero Nobody Knows dan ia boleh di pra-tempah untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Namun, untuk PS Store di Malaysia, ia masih tidak diseneraikan.
Di Steam, permainan ini dijual dengan harga RM139 untuk edisi biasa dan RM189 untuk edisi Deluxe yang menyertakan pas semusim, watak Terrible Tornado (Pajamas), Hellish Blizzard (Fur Coat), kostum untuk Genos, dan kostum untuk Speed-o’-Sound Sonic. Manakala di Xbox Store ia ditawarkan dengan harga $59.99 (RM244) untuk edisi biasa, dan $79.99 (RM326) untuk edisi deluxe.

Bagi pemain yang pra-tempah, berikut adalah antara ganjaran yang diperoleh iaitu watak Saitama (Dream Version) dan kostum jersey serta suit untuk Saitama. Terdapat juga avatar Topeng Saitama.
[info]Steam: Pra-tempah One Punch Man: A Hero Nobody Knows[/info][info]Xbox Store: Pra-tempah One Punch Man: A Hero Nobody Knows[/info]