Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan seterusnya buat siri Half-Life iaitu Half-Life: Alyx akan dilancarkan pada Mac ini yang mana ianya adalah satu permainan realiti-maya khas berdasarkan dunia Half-Life.
Bersempena dengan itu, Valve hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kesemua siri permainan Half-Life secara percuma sebagai satu persediaan buat pemain sebelum mula bermain Half-Life: Alyx.
Berikut adalah senarai permainan Half-Life yang ditawarkan:
- Half-Life
- Half-Life 2
- Half-Life 2: Episode One
- Half-Life 2: Episode Two
- Half-Life: Opposing Force
- Half-Life: Blue Shift
- Team Fortress Classic
Namun tawaran ini hanyalah sehingga pelancaran Half-Life: Alyx sahaja dan bagi anda yang ingin kekalkan permainan tersebut di senarai perpustakaan permainan anda, anda perlu membelinya secara berasingan.
Jadi bagi anda yang masih belum bermain permainan Half-Life, semestinya ini adalah satu peluang yang baik sebelum anda dapatkan Alyx yang bakal tiba Mac ini.