Bersempena tahun baharu Cina yang akan disambut pada hujung minggu ini, Ubisoft melalui kedai dalam talian mereka Ubisoft Store menganjurkan jualan promosi bermula sekarang sehingga 31 Januari 2020.
Menariknya, Ubisoft Store juga kini menyenaraikan permainan dengan mata wang ringgit berbanding Dolar Singapura sebelum ini. Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;
- Assassin’s Creed Odyssey – RM83.60
- Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint – RM83.60
- Tom Clancy’s Ghost Rainbow Six Siege – RM28.00
- Anno 1800 – RM114.95
- Far Cry 5 – RM52.25
Selain itu mereka juga menawarkan Jualan Kilat di mana beberapa permainan ditawarkan dengan diskaun yang lebih besar, semasa penulisan ini sehingga 23 Januari 2020, The Division 2 yang ditawarkan dengan harga lebih murah iaitu;
- Tom Clancy’s The Division 2 – RM31.35
- Tom Clancy’s The Division 2 Gold Edition – RM52.35
- Tom Clancy’s The Division 2 Ultimate Edition – RM62.85
- Tom Clancy’s The Division 2 Pas Tahun 1 – RM34.75
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan Ubisoft dengan lebih murah. Anda memerlukan klien Uplay untuk memuat turun permainan.
[info]Ubisoft Store: Jualan Tahun Baharu Cina[/info]