Toei Animation hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali siri animasi Digimon yang mula ditayangkan pada 1999 lepas, sebagai satu siri animasi olahan semula menjelang April ini.
Buat masa ini, ianya disahkan bakal tiba di Jepun dengan episod pertama akan mengisahkan kembali pengembaraan “Kanak-Kanak Terpilih” seperti Taichi dan sebagainya bersama Digimon mereka.
Semestinya buat mereka yang membesar dengan siri Digimon Adventure ketika kecil seperti saya sendiri, ini merupakan satu pengumuman yang sangat dinantikan. Meskipun begitu, buat masa ini ianya tidak pasti sama ada mereka akan mengubah penceritaan utama siri ini ataupun tidak. Namun berdasarkan laporan, ianya kelihatan akan masih mengekalkan penceritaan utama namun mempunyai visual baharu sahaja.
Sebelum ini kami juga melaporkan filem Digimon Adveture: Last Kizuna bakal tiba di pasaran Malaysia. Tampaknya Toei Animation akan terus membawa lebih banyak kandungan Digimon menjelang tahun ini.