Skip to main content

Kemaskini: Pembelian kad langganan 12 bulan PlayStation Plus di pengedar rasmi PlayStation akan sertakan 4 bulan tambahan dan pertandingan khas PlayStation Asia di Facebook diumumkan.

Bermula hari ini sehingga 3 Februari 2020 ini, Sony Interactive Entertainment mengadakan jualan promosi khas sempena musim baharu di PSN Store yang mana mereka menawarkan pelbagai permainan sehingga 85% diskaun.

Menariknya, antara permainan yang ditawarkan adalah Death Stranding edisi biasa dengan harga serendah RM167.30 sahaja. Berikut pula adalah sebahagian senarai harga tawaran permainan lain:

  • Death Stranding RM239.00 RM167.30
  • FIFA 20 RM264.00 RM132.00
  • Call Of Duty: Modern Warfare RM248.00 RM161.20
  • Star Wars Jedi: Fallen Order RM264.00 RM171.60
  • Marvel’s Spider-Man Game Of The Year Edition RM169.00 RM84.50
  • Grand Theft Auto V RM126.00 RM63.00
  • God Of War RM79.00 RM47.40
  • Need For Speed: Heat RM264.00 RM150.48
  • The Witcher 3: Wild Hunt Game Of The Year Edition RM200.00 RM60.00
  • Red Dead Redemption 2 RM253.00 RM126.50
  • Borderlands 3 RM253.00 RM164.45
  • Horizon Zero Dawn Complete Edition RM79.00 RM47.40
  • Days Gone RM169.00 RM84.50
  • Bloodborne: The Old Hunters Edition RM139.00 RM55.60
  • Player Unknown’s Battlegrounds RM118.00 RM59.00
  • Overwatch Legendary Edition RM286.00 RM94.38
  • Shenmue III RM253.00 RM177.10
  • Code Vein RM253.00 RM189.75
  • Anthem RM264.00 RM105.60
  • Kingdom Hearts 3 RM243.00 RM121.50
  • Concrete Genie RM129.00 RM90.30
  • Ace Combat 7: Skies Unknown RM253.00 RM126.50
  • Dragon Ball FighterZ RM253.00 RM63.25

Selain itu, anda juga boleh dapatkan langganan PlayStation Plus selama setahun dengan harga diskaun sebanyak 25% iaitu harga serendah RM119.

Anda juga boleh dapatkan kad langganan PlayStation Plus untuk setahun bersama 4 bulan langganan tambahan melalui pengedar rasmi PlayStation berdekatan dengan harga RM159.

Selain itu, bersempena dengan tawaran ini, PlayStation Asia juga akan mengadakan pertandingan khas melalui laman Facebook mereka. Pastikan anda mengikuti Facebook PlayStation Asia untuk informasi lanjut.

Bagi anda yang ingin melihat kesemua senarai permainan yang ditawarkan, anda boleh ke pautan PSN Store di bawah.

[info] PSN Store: Tawaran Musim Baharu [/info]

Leave a Reply