Setelah lebih dari 10 tahun francais permainan Captain Tsubasa berdiam diri, hari ini Bandai Namco dan Tamsoft akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Captain Tsubasa: Rise Of New Champions menjelang tahun ini.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC yang mana ia akan memfokuskan bentuk permainan suka bola sepak berdasarkan siri Manga Captain Tsubasa yang hampir 40 tahun lepas.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan disertakan visual grafik Cel Shaded bersama-sama dengan bentuk permainan aksi sukan bola sepak arked berlainan daripada permainan sukan bola sepak lain. Seperti yang anda liaht di video acah di atas, permainan ini juga tampaknya akan menyertakan pelbagai bentuk sepakan berkuasa seperti mana siri Manga sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran mahupun informasi lain masih belum diumumkan. Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman lain.

Sohor Kini