Skip to main content

Dengan bakal tibanya permainan realiti-maya The Walking Dead: Saints & Sinners sekitar hujung minggu ini, hari ini Skydance Interactive berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan permainan tersebut iaitu satu video khas memperlihatkan di bentuk dan kandungan permainan tersebut dengan lebih mendalam.

Melalui video di atas, mereka memperlihatkan pelbagai bentuk permainan dengan cara pertahanan hidup yang mereka sertakan di dalam permainan tersebut seperti pilihan-pilihan yang dilakukan oleh pemain sama ada pemain melakukan perkara yang baik ataupun tidak.

Permainan ini juga menyertakan beberapa elemen stamina yang mana pemain perlu makan untuk tingkatkan stamina seperti memasak supaya pemain berupaya untuk bertempur zombi dengan lebih senang. Selain itu, permainan ini juga menyertakan pelbagai jenis senjata yang boleh diubah-suai dengan pelbagai bentuk jenis senjata jarak dekat dan juga jarak jauh.

The Walking Dead: Saints & Sinners bakal dilancarkan pada 24 Januari 2020 di PC melalui Steam dan Oculus.

Leave a Reply