Muzik Latar The Surge 2 Kini Tiba Di Spotify

Minggu lepas, Focus Home Interactive baru sahaja melancarkan DLC seterusnya buat permainan The Surge 2 yang mana ianya menyertakan beberapa kandungan baharu seperti senjata, musuh dan penceritaan.

Terkini, Focus Home Interactive mengumumkan pula muzik-muzik latar permainan tersebut kini boleh distrim di platform audio terpilih, seperti Spotify.

Muzik latar permainan The Surge 2 menyertakan 31 lagu dan ianya dihasilkan oleh komposer Helge Borgarts dan Thomas Stanger dari BowsToHymns. Terdapat juga beberapa artis lain yang terlibat seperti Markus Schmidt, Stumfol dan Talla 2XLC yang mana album tersebut juga menyertakan 3 muzik bonus daripada DLC The Kraken yang baru sahaja dilancarkan minggu lepas.

Bagi anda yang berminat untuk mendengar muzik tersebut, ianya boleh diakses di Spotify melalui pautan ini.

The Surge 2 merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertempuran seakan Dark Souls, namun diletakkan di dalam dunia dan persekitaran sains fiksyen berteknologi tinggi. Ianya telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Sohor Kini