Skip to main content

Oktober lepas, Playtonic melancarkan permainan platformer Yooka-Laylee And The Impossible Lair di PC dan konsol di mana ianya mendapat sambutan yang sangat baik di kalngan pemain.

Terkini, untuk tingkatkan lagi lebih ramai jumlah pemain, Playtonic Games iaitu pembangun buat permainan tersebut mengumumkan bahawa mereka akan membawa demo khas buat permainan tersebut menjelang minggu hadapan.

Menurut mereka, Demo tersebut akan dilancarkan pada 23 Januari 2020 ini bagi versi PC melalui Steam. Manakala di konsol PlayStation 4 dan Switch pula, ia bakal tiba pada 30 Januari 2020 ini. Dukacitanya versi Xbox One akan diumumkan kemudian.

Playtonic Games menyatakan demo tersebut akan memberi pemain peluang untuk menerokai kawasan permainan tanpa had. Menariknya juga, segala kemajuan yang pemain lakukan, akan dibawa ke permainan penuh apabila pemain membeli permainan tersebut.

Yooka-Laylee And The Impossible Lair telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Leave a Reply