Pada akhir tahun lepas, Gearbox Publishing menjadi penerbit pertama yang mengumumkan permainan mereka untuk PlayStation 5 iaitu Godfall yang dikatakan akan tiba konsol tersebut bersama dengan versi PC. Ia merupakan permainan aksi “looter-slasher” yang memfokuskan pertempuran dekat.
Seorang pengguna Reddit berkongsi satu video yang mengatakan ia adalah sebahagian kecil yang dibuang daripada video acah permainan tersebut. Ia memperlihatkan sedikit bentuk pertempuran bagi permainan ini.
Buat masa ini tidak disahkan jika bentuk permainan tersebut adalah versi PC ataupun PS5. Ia juga sukar untuk dinilai kerana hadir dalam resolusi yang sangat rendah.
Godfall dibangunkan oleh Counterplay Games untuk PlayStation 5 dan PC.