Death Come True merupakan permainan FMV (Full Motion Video) seterusnya oleh pencipta siri Danganronpa, iaitu Kazutaka Kodaka di mana ianya sebelum ini diumumkan bakal tiba di konsol, PC dan di peranti telefon pintar.

Permainan tersebut meletakkan pemain untuk bermain sebagai seorang lelaki yang dituduh sebagai pembunuh bersiri namun beliau tidak langsung mempunyai ingatan berkenaannya.

Terkini, Izanagi Games berkongsi satu lagi video acah baharu buat permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan pelbagai watak baharu, seperti Win Morisaki sebagai penyiasat polis Nozomu Kuji, Yuki Kaji sebagai pembantu hotel, Chihiro Yamamoto sebagai seorang wanita psiko Nene kKurushima dan Jiro Sato sebagai pembaca berita Kenichi Mino. Selain itu watak yang diumumkan sebelum ini iaitu Kanato Hongo sebagai watak utama Makoto Karaki dan penyiasat polis Akane Sachimura yang dilakon oleh Chiaki Kuriyama juga diperlihatkan secara rasmi.

Semestinya permainan ini kelihatan sangat menarik dan dengan berbentuk FMV, semestinya peminat filem misteri pembunuhan seperti saya sendiri, tidak sabar untuk bermainnya.

Death Come True disasarkan untuk dilancarkan tahun ini dan bagi anda yang ingin menonton video acah kedua tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini