Sebelum ini diumumkan yang Mortal Kombat bakal menerima filem aksi nyata yang diarahkan oleh James Wan, namun buat masa ini tidak disahkan lagi bila ia akan ditayangkan selain dijangka tiba pada tahun 2021.
Namun, satu perkara yang lebih terdekat adalah Warner Bros Animation mengumumkan mereka bakal mengeluarkan filem animasi iaitu Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge.
Buat masa ini berikut adalah antara pelakon yang disahkan akan menyuarakan watak di dalam filem ini;
- Joel McHale – Johnny Cage
- Jennifer Carperter – Sonya Blade
- Jordan Rodrigues – Lui Kang
- Patrick Seitz – Scorpion/Hanzo Hasashi
- Steve Blum – Sub-Zero
- Art Butler – Shang Tsung
- Darin De Paul – Quan Chi
- Robit Atkin Downes – Kano
- David B. Mitchell – Raiden
- Ike Amadi – Jax Briggs
- Kevin Michael Richardson – Goro
- Grey Griffin – Kitana/Satoshi Hasashi
- Fred Tatascriore – Demon Torturer
Selain itu, Ethan Spaulding akan menjadi pengarah, Jeremy Adams sebagai penulis dan Rick Morales, Jim Krieg, Sam Register akan menjadi penerbit. Ed Boon daripada NetherRealms akan menjadi penasihat kreatif.
Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge dijangkan akan tiba pada pertengahan tahun ini.