Mungkin ada yang masih kecewa dengan berita baru-baru ini yang memperlihatkan permainan Cyberpunk 2077 ditunda beberapa bulan ke September 2020.
Namun, bagi yang tidak sabar mungkin anda boleh terlebih dahulu membeli figura berdasarkan permainan tersebut. Di London Toy Fair, Funko telah memperlihatkan rekaan figura Pop! berdasarkan permainan tersebut.
Figura yang disertakan adalah watak pemain versi lelaki dan perempuan serta dua variasi untuk watak Johnny Silverhand (Keanu Reeves).
Figura ini dijangka akan mula dikeluarkan pada 16 April 2020, iaitu tarikh Cyberpunk 2077 sepatutnya dikeluarkan, buat masa ini tidak disahkan jika Funko juga akan menunda figura ini, atau mungkin atas permintaan CD Projekt Red sendiri.