Skip to main content

Bagi anda yang menanti permainan dunia terbuka zombi seterusnya oleh Techland iaitu Dying Light 2, anda tampaknya perlu menanti dengan lebih lama di mana hari ini, Techland mengumumkan bahawa permainan tersebut akan ditundakan.

Menurut kenyataan mereka, permainan tersebut akan ditundakan lebih dari tarikh asal yang mereka tetapkan. Sebelum ini, permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan pada awal 2020 dan kini permainan tersebut ditunda dan tarikh pelancarannya tidak ditetapkan.

Menurut Techland juga, mereka memerlukan masa untuk tingkatkan lagi kualiti permainan sehingga memenuhi visi mereka dan sebarang informasi lanjut, mereka akan kongsikan dalam bulan akan datang.

Dying Light 2 semestinya menjadi permainan seterusnya yang ditundakan untuk tahun ini dan kelihatan tahun 2020 ini semestinya akan menjadi tahun yang sibuk untuk semua pemain bukan sahaja atas sebab permainan ditundakan, malah konsol generasi seterusnya juga sudah semakin hampir.

Leave a Reply