Skip to main content

National Health Service (NHS) merupakan perkhidmatan kesihataan kerajaan di UK, pada Oktober tahun lepas mereka telah membuka satu klinik khusus untuk merawat penyakit ketagihan permainan video.

Minggu ini, pengarah kesihatan mental NHS Claire Murdoch melalui satu kenyataan mengatakan sepatutnya tiada syarikat yang menjadikan kanak-kanak ketagih dengan mempekenalkan mereka cara untuk berjudi melalui sistem kotak tikam.

Tambah beliau lagi, tiada syarikat yang sepatutnya menjual permainan kotak tikam kepada kanak-kanak yang mempunyai elemen nasib, jadi beliau berharap penjualan tersebut dihentikan.

Berikut adalah cadangan-cadangan yang diajukan oleh Claire Murdoch kepada syarikat perminan video;

  • Mengharamkan penjualan kotak tikam yang menggalakkan kepada perjudian
  • Menyertakan sistem had perbelanjaan yang adil dan realistik untuk mengelakkan pemain berbelanja terlalu banyak.
  • Memberi peratusan yang jelas untuk peluang mendapatkan sesuatu barangan.
  • Meningkatkan tahap kesedaran kepada ibu bapa mengenai risiko pembelian di dalam permainan.

Perdebatan sama ada kotak tikam satu perjudian ataupun tidak mungkin berpihak kepada ia bukanlah satu perjudian, akan tetapi kita juga tidak boleh menyangkal yang kotak tikam boleh memperkenalkan elemen perjudian kepada pemain, terutama kanak-kanak.

Leave a Reply